Thursday, May 05, 2005
Terhenti langkah Encik Qairil mahu keluar,dia berdiri tegak dijendela yang menghadap halaman rumah mereka.Disana dia melihat Qarin Nasuha sedang leka bermenung.Jauh benar dilihat menungan anak gadisnya itu.Qarin Nasuha bagaikan sedang menjelajah dialamnya sendiri.
Tersentuh hati tuanya melihatkan ketenangan yang tidak sedikitpun berkocak pada wajah mulus itu.Betepa teguhnya sekepling hati milik Qarin Nasuha.Encik Qairil mengeluh berat.Sebak hatinya merenung wajah yang sedang jauh bermenung itu.Kadangkala dia terasa begitu sayu mengenangkan derita anak gadis kesayangannya itu.
Senyuman dipamer tidak pernah henti,bagaikan senyuman itu menutupi segala duka yang sengaja disembunyikan.Duka itu tidak mungkin akan sembuh.Dia tidak pernah putus putus berdoa agar diberikan kebahagiaan buat anak itu.Dia tidak mahu hidup Qarin Nasuha terus diselubungi awan kelam.Dia tidak mahu anak itu terus diburu derita yang tidak kunjung hilang.
Seketika dia bagaikan turut tersenyum bila melihat Qarin Nasuha sedang tertawa kecil melihat anak kecil berusia empat tahun,Hariz sedang berlari bermain dengan arnab peliharaan mereka.
Dia bagaikan turut sama terbuai melihatkan keindahan senyuman itu.Sedangkan hatinya menderita bila mengingatkan betapa derita itu tidak pernah lekang dari hidup Qarin Nasuha.Anak itu tampak tabah,namun dia tahu hati kecilnya selalu bersedih.
Dia tahu jauh dilubuk hatinya,jauh disebalik ketenangan wajah yang terpamer itu terselit sebuah memori luka yang terlalu menyakitkan buat gadis itu.
Kepahitan hidup yang bagaimana lagi yang tidak pernah ditempuhi Qarin Nasuha?Segala galanya sudah diharungi gadis tabah itu.Pahit maung kehidupan sudah terlalu mematangkan anak gadis kesayangannya itu.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedangkan kamu tidak.”
Seketika Encik Qairil terkesima bila mengingatkan erti ayah Al-Baqarah ayat 216.
Ah, betapa mudahnya dia dipesongkan syaitan.Mempertikaikan segala ketentuan milik abadi Yang Esa.Bukankah segala yang berlaku telah ditetapkan Allah sejak dulu lagi.
Segalanya telah di tentukan dalam takdir perjalanan hidup setiap hambaNya.Dan tidak perlu lagi dipertikaikan apa yang ditentukanNya buat setiap hambaNya.
“Astafirullah alzim.”beristiqfar Encik Qairil mengingatkan kekurangan diri yang hampir menidakkan ketentuan Ilahi.Dia menarik nafas seketika bagaikan melepaskan tekanan sebelum melangkah keluar menuju kearah anak dan cucu yang sedang leka bergembira ditaman yang dikelilingi bunga buangaan pelbagai warna.
“Hei,bukan main gembira lagi anak beranak ni.”tersengih dia bila Hariz berlari mendapatkan dirinya sebaik saja dia mendekati mereka.
“Atuk!”petah Hariz bersuara,dia memeluk kaki Encik Qairil tertawa kecil memandang mamanya yang menghampiri mereka.
“Cucu atuk ni dah makan?”Tanya Encik Qairil.Dia mengangkat tubuh kecil itu, mendukung Hariz.Satu ciuman hinggap pada pipi anak kecil itu.
“Dah,mama masak nasi goreng.”petah dia menjawab.
“Sedap tak mama masak?”soal Ecnik Qairil sengaja mahu mengusik anak dan cucunya itu.
Hariz tersengih,matanya liar memerhatikan Qarin Nasuha yang duduk disisi mereka.
“Tak!!”ligat kepalanya berpusing.Ketawa kecil dia bila Qarin Nasuha menjengilkan mata.
“Amboi!!Bukan main lagi si kecil ni.”ujar Qarin Nasuha.Geram dengan gelagat Hariz, dia mencubit pipi tembam anak itu.
“Sedap!!”pantas Hariz bersuara,mahu melepaskan diri dari kemarahan mamanya.
“Tengok tu babah!Putar alam betul.”ujar Qarin Nasuha.Dia ketawa kecil dengan gelagat anak itu.Ada saja keletahnya yang menghiburkan hati.Encik Qairil turut tersenyum mendengarkan usik anak dan cucunya itu.
Hati tuanya turut disirami kebahagiaan melihatkan kemesraan mereka itu.Biarlah,Qarin Nasuha berhak untuk berasa gembira setelah apa yang dilalui gadis itu selama ini.
Qarin Nasuha melangkah masuk ke bangunan mercu tanda Munawar Holdings.Terasa berdebar masuk kebangunan yang tidak pernah dijejakinya itu.Selama ini segala urusan dijalankan Qayyum.
Namun kini tanggungjawab itu terletak pada bahunya.Babah mahu dia belajar selok belok dunia perniagaan.Kenal dengan semua syarikat yang berurusan dengan Q’s Enterprise.
Dia dipersilakan duduk oleh penyambut tetamu.Qarin Nasuha leka membelek majalah dihadapannya.Sabar menantikan kedatangan seseorang yang sepatutnya tiba lima belas minit lalu.Tapi masih kini belum kelihatan bayangnya.
“Cik Qarin,minta maaf.Encik Muhydeen tak dapat jumpa cik hari ni.Dia minta tangguh kan hingga hari Jumaat.”sapaan lembut gadis tinggi lampai berketurunan Cina itu menganggu pembacaan Qarin Nasuha.
Sedikit mengeluh dia mendengar kata kata gadis itu.Hari Jumaat?Ada empat hari lagi dia perlu tunggu untuk bertemu Pengarah Urusan Munawar Holdings.
“Kenapa?Dah hampir seminggu kita tetapkan tarikh hari ni.Tiba tiba pula tak jadi.” Tanya Qarin Nasuha.Geram dengan gelagat orang besar besar yang selalu mungkir janji.
“Encik Muhydeen minta maaf,tapi ada perkara yang tak dapat dielakkan.Tan Sri Munawar tiba tiba jatuh sakit.”beritahu Emily,setiausaha cantik molek itu.
“Erm,kalau macam tu tak pe lah.Tapi confirm ke Jumaat ni?”Tanya Qarin Nasuha sekali lagi.Kalau perlu ditangguh lagi dia mungkin boleh pulang ke rumahnya dahulu.Rindunya pada keluarga kesayangan begitu menjerut hatinya.
“Rasanya tak ada apa apa masalah.Tapi nanti saya confirm kan sekali lagi dengan Encik Muhydeen dan saya hubungi cik Qarin semula.”
“Okey,tak apalah.Saya minta diri dulu.”ujar Qarin Nasuha,dia sudah bangun.Tiada apa yang perlu ditunggu lagi.
Elok pulang semula ke hotel berehat.Kalau rajin boleh juga keluar bersiar siar.Tapi dia malas mahu menempuh kesesakan kota metropolitan itu.
“Papa kau dah sihat ke?”Tanya Hariz Azhan.Teman itu baru pulang mengenjuk keluarga di Pahang.Tiba tiba bapanya jatuh sakit.
“Sihat dah,alah papa aku tu bukan apa.Dia sihat je.Suruh aku balik ada makna.” tersenyum Koyo berbicara.Kelakar dengan helah yang digunakan papanya untuk memaksa dia pulang ke kampung.
“Kenapa pula?”pelik dia melihat senyuman temannya itu.
“Dia suruh aku jumpa anak kawan dia.”ringkas jawapan Koyo.
“Laaa…kot iye pun janganlah cakap sakit tenat.”ketawa Hariz Azhan mendengar kata kata temannya itu.
“Biasalah Riz,orang tua.”jawab Koyo pendek.Dia faham perasaan papa dan mamanya. Tapi dia belum bersedia untuk itu.Bukan sekarang masanya.Lagipun dia perlukan cinta dari seseorang yang disayanginya.Tak mungkin dia akan menuruti permintaan orang tuanya jika hatinya tidak berkenan.
“Lawa tak?”Tanya Hariz Azhan.Sengaja menyakat temannya itu.
“Lawa?”terangkat kening Koyo memandang Hariz Azhan yang ketawa kecil.
“Memang lah lawa.Cun giler.Putih melepak.Tapi…”ayatnya putus disitu.
“Tak berkenan?”sambut Hariz Azhan tanpa perlu menunggu lama jawapan temannya itu.
“Kau tahu ajelah.Taste aku macam mana.Lagipun entahlah,perasaan ni tak da rasa apa apa bila tengok dia.”jawab Koyo.
“Aku faham sangat macamana rasanya.”penuh erti tersirat jawab Hariz Azhan.Jatuh cinta?Dia dah masak sangat dengan perasaan itu.
Debaran yang melanda kadangkala merimasakan namun debaran itu terasa begitu indah. Hati yang sedang dilamun cinta terasa begitu murni biarpun kadangkala hati itu bertindak bodoh akibat cinta yang membuta tuli.Namun apa yang pasti,kata kata hati jauh lebih berkesan daripada kata kata fikiran.
Begitulah,biar pun hati terluka,namun apa yang pasti hati tetap menjadi teladan dalam bercinta.
Hariz Azhan duduk disisi Koyo yang sedang leka menonton televisyen.Perut yang kenyang menyebabkan dia mengantuk.
“Kenyang sangat ke?Tido pulak.”tersengih Koyo melihat gelagat teman yang sedang melelapkan mata kekenyangan.Itulah dah lama mereka tak makan masakan ibu.Bila sekali kena terus sumbat sampai tak muat mulut.
Kenyang sampai tak boleh bangun.Dia ketawa kecil melihat gelagat Hariz Azhan itu.
“Sedap sangat mak kau masak.Dah lama tak makan,asyik makan kedai je.Bosan aku.” Jawab Hariz Azhan.Dia ketawa kecil mendengar usikan temannya itu.
Dia mengenali Koyo dua tahun lalu sewaktu sama sama bertugas di China.Tak sangka pulang ke Malaysia terus melekat jadi kawan baik.
Nama mamat tu punya la elok,Muhydeen.Kalu ikut ejaan betulnya Muhiden itu bermaksud pembela agama.Entah mana dia sebat name Koyo tu pun Hariz Azhan pelik. Entahlah,tapi dah terbiasa panggil Koyo,best pulak.Dia jadi pelik kalau ada orang panggil Koyo tu Muhydeen.
“Itulah,orang suruh kawin tak nak kawin.Mak kau dah banyak kali carikan calon untuk kau.Kau aje yang banyak songeh.”leter Koyo.
Kadang kadang payah bercakap dengan Hariz Azhan fikirnya.Entah apa yang ditunggu temannya itu hingga kini belum terbuka hatinya untuk menerima mana mana wanita dalam hidupnya.
Sedangkan kehidupannya sudah cukup stabil dengan syarikat perunding miliknya sendiri yang sedang berkembang Hariz Azhan lebih daripada mampu kalau mahu menyara anak dara orang.
“Alah,kau mana tau.Adalah yang aku tunggu.”jawab Hariz Azhan selamba.Dia mengukir senyuman buat temannya itu.Memang Koyo tidak pernah tahu kisah lukanya bersama satu satu gadis yang masih disayangi hingga saat ini.
“Itulah,tunggu lah lama lama.Biar sampai beruban.Cakap orang tak nak dengar.”bebel Koyo.Geram dengan jawapan Hariz Azhan.
“Elo,kawan.!Kau cakap aku pandai.Yang engkau tu macamlah dah ada calon.”mengekek tawa Hariz Azhan mengenakan temannya itu.
Cakap berapi,tapi dia pun dua kali lima.Ketawa besar dia memandang wajah Koyo yang mencebik bibir padanya.
“Aku lain,aku ni cari yang orang tak cari.Payah nak jumpa.Aku tak pernah jumpa dia lagi.Macam mana nak kawin.Kalau aku jumpa terus aku masuk meminang,ajak nikah hari tu jugak.”jawab Koyo ringkas.
Dia sedang menantikan kedatangan sesorang yang istemewa dalam hidupnya.Entahlah hingga kini dia masih belum menemui sesiapa pun yang mampu mengetuk pintu hatinya.
Bukan tidak ada yang mahu berdampingan dengannya,tapi sukar mahu membuka pintu hati yang tidak mahu menerima kehadiran sesiapa pun.Susah benar mahu menambat hati kecilnya.
“Iyelah,sama aje tu.Aku tunggu dia sampai sekarang.Yang kau pulak,belum jumpa dia sampai sekarang.Sama aje dengan aku.”ujar Hariz Azhan.Dia duduk,mata kembali terang.
Seketika dia bermenung,teringatkan senyuman dengan wajah mulus milik seseorang menjadikan dia rindu tiba tiba.Ah,betapa rindunya dia pada gelak tawa gadis itu.
Qarin Nasuha!Sudah terlalu lama nama itu tidak meniti dibibirnya.Hanya bergema dalam hatinya,memenuhi sanubarinya.Sukar mahu mengungkapkan rindu yang bergelora dan tidak pernah surut dari dalam dirinya.Hingga kini rindu itu tidak pernah padam dan terus menyala dalam dirinya.
Apa yang pasti,dia masih menyintai gadis itu.Selamanya….
“Oiit!Berangan pulak!”ujar Koyo agak kuat menepuk bahu Hariz Azhan.Menyentakkan lamunan temannya itu.
“Alah,sesekali layan blues.Rindu lah.”pendek jawapan Hariz Azhan.Memang benar dia merindui Qarin Nasuha dan tidak perlu berselindung dengan temannya itu.
“Rindu,rindu.Tapi tak kawin.Entah siapalah yang kau rindu ni.Cuba bagi tau aku.”
Itulah Hariz Azhan,pening dia melayan teman itu.Rahsia dia punyalah payah nak korek. Kedekut mengalahkan tongkol emas.Bukan nak cerita pun,kisah silam dia.
Setia bagai nak rak,tapi entah pada siapa.Runsing dia dengan gelagat Hariz Azhan. Pening!!
“Alah,buah hati aku.Sampai masa aku cerita la.Tunggu aku jumpa dia balik.Baru aku bagi tau kau.”ujar Hariz Azhan bersahaja.Ketawa kecil bila Koyo mencebik bibir.Geram dengan jawapannya.
Itulah jawapan yang diberikan tiap kali teman itu ingin mengetahui kisah silamnya.Bukan dia tidak percayakan Koyo,tapi buat masa ni dia belum bersedia untuk mengungakaikan rahsia hatinya.Biarlah dia menemui separuh hatinya yang dibawa lari Qarin Nasuha sebelum dia menceritakan segala galanya pada temannya itu.
“Lantak lah.Malas aku layan mamat jiwang macam kau ni.Jom keluar nak?Layan anak burung.Bosan aku tengok muka kau je.”Koyo bangkit,mahu keluar bersiar siar.Bosan seharian duduk dirumah waktu cuti begitu.
“Tak sudah sudah anak burung.Bila nak dapatnya.Asyik melayan je.Bawaklah masuk sangkar.”ketawa Hariz Azhan mendengar kata kata Koyo itu.
Anak burung yang dimaksudkan apa lagi kalau bukan awek awek yang berpeleseran.Saja cuci mata hilangkan bosan.Sekadar itu saja,tak lebih daripada itu.Mereka sudah terlalu tua untuk menjadi anak anak nakal yang mengusik gadis gadis muda.Masing masing dah 30 tahun.Dah terlalu tua untuk bermain permainan begitu.
Namun tidak dinafikan kadangkala mereka pula yang menjadi mangsa usikan gadis gadis berani.Kelakar pula rasanya.Dunia sudah semakin moden,dan anak gadis turut sama modennya hinggakan berani mengusik orang lelaki.
Sudah hilang malu dalam diri,sedangkan mahkota wanita itu adalah sifat malu.Sifat malu adalah ibarat tembok yang memagari setiap wanita dari melakukan perkara yang tidak sesuai dengan keperibadian seorang wanita apa lagi wanita timur yang dilingkari adat dan budaya serta yang hidupnya bertunjangkan ajaran Islam.Namun semua itu semakin hilang nilainya apa lagi di bandar besar seperti Kuala Lumpur.
“Tunggulah.Aku nak cari burung cendrawasih.”ujar Koyo tersengih mendengar kata kata Hariz Azhan itu.
“Cepat lah siap,aku tunggu dalam kereta.”pantas dia menyarung sandal.Berpakaian ringkas saja sudah cukup,malas nak tukar pakainya.Cukuplah dengan jeans dan t-shirt berkolar.Bersiar siar saja bukan ke mana pun.
Hariz Azhan bangkit,mengatur langkah pantas menuju kebiliknya menyalin kain pelikat yang dipakainya.
Koyo leka memerhatikan sekitar kawasan yang hiruk pikuk dengan orang ramai.Gelagat anak muda yang rata rata hanyut dalam dunia masing masing mencuri tumpuannya.Lama dia leka memerhatiakn gelagat mereka sebelum matanya mati pada wajah seseorang yang sedang tersenyum riang dihadapannya.
Lama dia terkesima disitu.Aliran darahnya berjalan laju hinggakan denyutan jantungnya terasa begitu mendebarkan.Kuat memekakkan telinga.Leka dia memerhatikan wajah ayu itu.
Bertudung hijau lembut,bersama blaus dari nada warna yang sama menjadikan gadis itu tampak menawan.Gembira benar gadis itu bersama seorang lagi wanita,sedang minum sambil bergelak ketawa digerai bersebelahan dengannya.Hanyut dia dalam senyuman dari wajah ayu itu.
Matanya melirik pada anak mata yang mengecil bila ketawa,bibir merah yang tersenyum dan lirikan mata gadis mampu mengoyahkan perasaannya.Dup!!Terdengar degupan jantungnya begitu memekakkan telinga.Serta merta dia seakan hanyut dalam dunianya sendiri bagaikan dia berada jauh dialam khayalannya sendiri.
Namun khayalannya terganggu bila beberapa orang pekerja gerai berhenti dan mengangkat barang dihadapannya.Betul betul menghalang pandanganya.
Haru dia jadinya.Lantas dia bangun,meninjau nijau si gadis yang samar samar kelihatan sudah pun bangun.Belum pun sempat dia berbuat apa apa dilihat gadis itu sudah ditelan perut kereta Rexton yang sedia menanti ditepi jalan.Keadaan yang sibuk menyebabkan dia tidak sempat berbuat apa apa melainkan hanya memerhatikan Rexton hitam itu berlalu pergi.
“Kacau!!”sedikit tinggi suara Koyo saat itu.Bengang bila diganggu begitu.
“Wei!Kenapa dengan kau ni?”soal Hariz Azhan pelik melihat gelagat Koyo yang bengang benar dilihatnya itu.Apa yang tak kena dengan temannya itu.Macam orang mabuk cinta.Dia meletakkan makanan dan minuman diatas meja.Pelik dengan gelagat Koyo.
“Aku jumpa cendrawasih!”ringkas jawapan Koyo namun cukup menarik minat Hariz Azhan.Bermakna temannya itu sudah menemui seseorang yang mampu menjadikan dia angau.
“Cendrawasih?”soal Hariz Azhan mahukan kepastian.Bulat matanya memandang teman yang jelas kehampaan itu.
“Aku nampak dia.Ya,Allah.Lawa tak ingatnya.Angau aku terus.”ujar Koyo wajahnya kembali ceria bila membicarakan cendrawasih yang tidak dikenalinya itu.Tapi apa yang pasti hatinya bagai sedang terpaut pada wajah cendrawasih tidak bernama itu.
&!burried at 10:11 PM